System Thinking vs Ad Thinking
Bagaimana Marketer Yang Faham Sistem Membangunkan Mesin Cetak Duit Yang Kekal Berjalan...Walaupun Iklan Berubah
Dunia Dopamine Dalam Pemasaran
Kita hidup dalam dunia dopamine.
Setiap kali tekan butang “Publish Ad”, rasa puas.
Kemudian rasa teruja muncul apabila CTR naik, komen bertambah, dan jualan meningkat.
Kita refresh Ads Manager macam pelabur saham yang menunggu lonjakan harga.
Tiba-tiba…angka itu jatuh.
Kita panik. Tukar creative, ubah copy, ubah targeting.
Semuanya reaktif.
Itulah perangkap Ad Thinking - minda yang dikuasai algoritma, bukan menguasainya.
Kita mengejar keputusan segera tanpa membina sistem yang menjana keputusan secara berulang.
Ad Thinking: Cepat, Tapi Rapuh
Ad Thinking ialah pemikiran taktikal.
Ia hanya fokus pada satu titik dalam perjalanan pelanggan iaitu iklan.
Hook mana yang trending?
Iklan mana yang CTR tinggi?
Angle mana yang “meletup”?
Masalahnya…
Ad Thinking tidak melihat bagaimana setiap titik saling berhubung.
Sama seperti menukar tayar setiap minggu tanpa memeriksa enjin.
Apabila sesuatu tidak berfungsi, kita salahkan kreatif.
Bukan sistem.
Ad Thinking menjadikan pemasaran sebagai aktiviti sementara, bukan proses pembelajaran.
System Thinking: Cara Fikir Golongan 1%
System Thinking ialah cara berfikir seperti jurutera.
Melihat pemasaran bukan sebagai siri kempen, tetapi sebagai sistem tenaga yang berulang.
System Thinking bertanya:
“Apakah mekanisme yang mencipta jualan ini,
dan bagaimana saya boleh gandakan kesannya secara automatik?”
Marketer 1% tidak memburu winning ad.
Mereka membina winning system.
Customer Value Journey: Sistem Yang Bernyawa
Setiap sistem memerlukan aliran tenaga.
Dalam pemasaran, tenaga itu datang daripada perjalanan pelanggan.
Model asal DigitalMarketer memperkenalkan Customer Value Journey (CVJ).
Ada lapan langkah dari tidak kenal hingga promoter setia:
Aware → Engage → Subscribe → Convert → Excite → Ascend → Advocate → Promote.
Model ini lengkap.
Cuma agak detail. Jadi saya rasa model ini akan mencabar untuk SME apply.
Sebab itu, kita perlukan versi yang lebih praktikal, sistematik dan boleh diukur.
The 4-Stage Customer Flow Model
Inilah versi yang lebih lean dan sesuai untuk System Thinking:
ATTRACT → CONVERT → MONETIZE → RETAIN → (loops back)
Setiap tahap mewakili tenaga psikologi yang perlu digerakkan dalam sistem pelanggan anda.
Macam mana? Teruskan membaca.
1. ATTRACT (Cold)
Tujuan: Menarik perhatian pelanggan baru.
Emosi utama: Curiosity.
Objektif: Buat orang perasan dan ingin tahu tentang anda.
Contoh: Paid ads, reels, artikel edukasi, konten hook.
Metrik Fokus: CTR, CPM, CPC.
2. CONVERT (Warm)
Tujuan: Tukar minat kepada tindakan.
Emosi utama: Confidence.
Objektif: Dorong prospek untuk klik, daftar, mesej, atau buat pembelian pertama.
Contoh: Landing page, WhatsApp funnel, lead magnet, checkout page.
Metrik Fokus: CPL, CVR, CPA.
3. MONETIZE (Hot)
Tujuan: Maksimumkan nilai setiap pelanggan.
Emosi utama: Satisfaction & Trust.
Objektif: Upsell, cross-sell, tambah AOV dan ROI.
Contoh: Bundle offer, follow-up WhatsApp, automation email.
Metrik Fokus: AOV, Upsell Take Rate, ROAS.
4. RETAIN (Loyal)
Tujuan: Ubah pelanggan menjadi penyokong.
Emosi utama: Connection.
Objektif: Dorong pembelian semula, testimoni, dan rujukan.
Contoh: Loyalty group, broadcast WhatsApp, program pelanggan VIP.
Metrik Fokus: Repeat Rate, LTV, Referral Rate.
Bagaimana Sistem Ini Bergerak
Sistem ini berfungsi seperti kitaran hidup tenaga:
ATTRACT → CONVERT → MONETIZE → RETAIN → (balik semula ke ATTRACT)
Setiap tahap menghasilkan data yang memberi maklum balas kepada tahap sebelumnya.
Contoh:
Jika CTR bagus tapi CPA tinggi, masalah bukan pada ad.
Tetapi pada halaman Convert.
Jika AOV rendah, mungkin upsell belum dioptimumkan.
Inilah System Thinking dalam tindakan:
melihat hubungan sebab-akibat, bukan hanya gejala.
Untuk Agent & Bisnes Kecil- Lindungi Awareness Anda
Ramai agent takut buat awareness kerana bimbang prospek beli daripada orang lain.
Itu logik.
Tetapi System Thinker menyelesaikannya dengan memonopoli naratif, bukan produk.
Anda tidak perlu mempromosi jenama semata-mata.
Bina sistem yang menjadikan cara anda sebagai jenama.
“Saya bukan jual MCT Oil,
saya bantu anda membina sistem tenaga pagi tanpa kafein.”
Awareness anda menjadi aset apabila ia memupuk connection, bukan sekadar exposure.
Flow, Feedback, Fix
Semua sistem beroperasi melalui kitaran berikut:
DATA → INSIGHT → IMPROVEMENT → DEPLOY → DATA
Kumpul Data dari iklan, funnel, jualan.
Dapatkan Insight untuk kenal pasti bottleneck.
Perbaiki Sistem pada titik paling lemah.
Lancar Semula dan ukur semula data baru.
Ulang kitaran ini setiap minggu.
Sistem anda akan menjadi lebih pintar setiap kali berputar. Ala-ala AI learning.
Dari Taktikal ke Struktural
System Thinking bukan kerja tambahan.
Ianya cara berfikir yang mengubah kerja harian menjadi pembelajaran jangka panjang.
Anda tidak terus zoom-in pada CTR, ROAS, CPM.
Sebaliknya lihat betul-betul dahulu di fasa mana ada bottleneck.
Kemudian baiki fasa yang bermasalah.
Seni Membina Mesin Pelanggan
Pemasaran moden bukan tentang siapa paling kreatif.
Tapi siapa paling sistematik.
Siapa yang boleh menukar hiruk pikuk data menjadi struktur yang boleh dijangka.
Ad Thinking memberi kepuasan sementara.
System Thinking memberi kestabilan, leverage dan kebebasan.
“Jangan sekadar jalankan iklan.
Binalah sistem di mana setiap klik menjadikan sistem anda lebih bijak daripada semalam.”
📬 Sertai Newsletter “Decode Complexity”
Jika anda ingin memahami cara membina Marketing Machine yang berfikir sendiri.
Bukan sekadar bergantung pada nasib iklan,
sertai newsletter Wan Yusof: Decode Complexity.
Belajar bagaimana sistem berfikir, beradaptasi, dan berkembang bersama anda.
Klik Subscribe.


